Friday, 24 April 2020

RED VELVET CUPCAKE

Sempena birthday anak hari tu yang ke 7 tahun, dia request nak buat cupcake. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih ketat, so saya guna je bahan-bahan yang ada di Dapur Idasyazin. Alhamdulillah, siap dan paling penting sedap..

RESEPI RED VELVET CUPCAKE

Bahan-bahan:

220 g butter
220 g gula halus
4 biji telur
1 tsp esen vanila
220 g tepung ready mix red velvet (nak senang)

Cara-cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.

2. Masukkan telur satu-persatu dan esen vanila. Pukul hingga sebati.

3. Masukkan tepung red velvet dan gaul perlahan hingga sebati.

4. Saya guna scope ais krim atau boleh guna piping bag untuk tuang adunan ke dalam cawan kertas saiz sederhana (ikut suka). Isi 3/4 bahagian cawan kertas tersebut.

5. Bakar pada suhu 180°C selama 15 minit, api atas bawah. Jika guna cawan saiz kecil, memadai bakar selama 10 minit sahaja.

😊 Hasilkan 26 pieces cupcake.

Saya guna ready whipping topping untuk hiasan bunga ros tu. Jenama Rich sedap. Sedang manis.


My princess Sya


Selamat mencuba!






Thursday, 15 August 2019

KEK LAPIS ALMOND KISSES

Kek lapis moden yang diperkaya dengan  cream cheese dan chocolate. Apabila dinikmati terasa almond nips di sebalik tekstur kek tersebut. Memang sangatlah sedap. Ini adalah antara kek lapis yang boleh tahan jugaklah order daripada customer.

Almond Kisses. Serious nang nyaman..

Friday, 15 February 2019

KEK HATI PAREK VERSI MODEN

Assalamualaikum,

Mak mertua saya kaki masak. Samalah macam ibu saya. Dia juga seorang yang suka mencuba sesuatu resepi yang baru. Ada saja resepi yang dia dapat daripada kawan, mesti dia akan share dengan saya. Resepi kek hati parek (dalam bm nya, pari, ikan pari..) versi moden sikit. Sebenarnya, kek hati parek adalah raja segala kek lapis Sarawak. Sesiapa yang berpengalaman membuat kek ini, pasti faham kenapa ia dinobatkan sebagai raja segala kek Sarawak. Nak buatnya memang perlukan tenaga seorang lelaki. Hehehe.. Setiap resepi yang original pasti akan ada penambahbaikan. Maka tercetuslah resepi baru daripada kawan mak mertua saya ini dan dia meminta saya cuba buatkan. Ok, saya pun pantang ada resepi best, mesti nak cuba buat. Kek hati parek versi moden ini ada bahan tambahan seperti holicks dan dark chocolate yang menjadikannya lebih sedap lagi. Mungkin ada yang suka resepi original, tapi  kalau lidah saya, ini yang the best.


Bahan-bahan:

500 g mentega (saya guna jenama Anchor)
5 biji telur, 5 biji kuning telur
200 g Beryls dark chocolate dicairkan
8 cawan tepung
1/2 peket kecil holicks
500 g kismis hitam
500 g dark brown sugar
1 botol kecil gula hitam
1 cawan gula
2 cawan gula dijadikan gula caramel dengan menambah 1/2 cawan air
1 cawan susu pekat manis
2 tea spoon baking soda/bikarbonat

Cara-cara:
1. Pukul mentega, susu pekat manis, gula dan brown sugar hingga kembang. 
2. Masukkan 5 biji kuning telur dan holicks ke dalam adunan dan kacau sebati. 
3. Ambil 5 biji telur untuk dikisar bersama kismis sehingga halus menggunakan blender. Kemudian, masukkan kismis, tepung dan soda bikarbonat dan kacau lagi. Adunan menjadi sangat likat. Seeloknya guna sudip besar untuk menggaul adunan ini. Kalau tidak, rosak mixer nanti. 
4. Akhir sekali, masukkan coklat yang dicairkan, gula hitam dan gula caramel dan gaul sebati.
5. Sediakan loyang 9"x9" untuk adunan yang banyak ini. Kalau tak suka loyang besar, boleh bahagikan adunan kepada dua menggunakan loyang 6"x6". 
6. Kukus selama 8 jam dan tutup loyang menggunakan aluminium foil.


Hasil yang dah siap.



Selamat Mencuba!

Tuesday, 5 February 2019

FLORENTINE ALMOND CRUNCHY

Assalamualaikum. Florentine ni sebenarnya nama tepung caramel yang merupakan bahan utama untuk almond crunchy. Di supermarket tak jual tepung florentine ni. Nk dapatkannya boleh beli di kedai bahan bakery. Di Kuching, memang banyak kedai jual bahan kuih. Bestnya jadi orang Kuching. Hihi. Ok. Jom saya kongsikan resepinya.

Resepi Florentine Almond Crunchy

Bahan-bahan:

500 g almond (slice)
500 g tepung Florentine
100 g sunflower seed
50 g pumpkin seed
1 sudu besar black sesame (bijan hitam)

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dan gaul rata.
2. Sapukan minyak sedikit sahaja atas loyang (tujuannya supaya mudah dikeluarkan apabila sejuk). Guna loyang leper untuk memudahkan proses pemotongan kepada saiz yang dikehendaki.
3. Saya ratakan bahan dengan menggunakan garpu tanpa ada ruang kosong nampak. Tak cantik kalau tak rata.
4. Bakar selama 10 minit pada suhu 150°C sehingga warna keemasan. Itu tandanya dah boleh keluarkan dari oven.
5. Potong cepat-cepat ikut saiz yang digemari. Kalau tak potong terus, caramel akan mengeras.
6. Biarkan sejuk baru keluarkan dari loyang. Siap.



Selamat mencuba!

Monday, 4 February 2019

TAT NANAS GULUNG

Tat nanas adalah antara juadah hari raya paling digemari especially ibu saya. Setiap hari raya, ibu mesti nak saya buatkan tat nanas untuknya. Ada juga tat nanas yang dibuat untuk customer di kalangan kawan-kawan. Sebenarnya saya pun suka sangat tat nanas. Alhamdulillah sedap.. dan cair di mulut. Bolehlah cuba resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi Tat Nanas Gulung

Bahan-bahan:

250 g mentega
50 g gula (nak halus, saya blend kejap je..)
1 biji telur
300 g tepung gandum
40 g tepung jagung
3 sudu besar susu tepung (bagi rasa lemak2 sikit)
1 tsp esen vanila
Sedikit pewarna kuning @ 1 tsp custard powder
Jem nanas untuk tat (jangan guna jem botol biasa untuk roti ok)

Cara-cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati,
3. Masukan kedua jenis tepung, sikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan gulung dan isikan inti jem nanas. Sapu kuning telur di permukaan atas tat.
5. Bakar pada suhu 150°C selama 20 minit.

* Hasil tat nanas lebih kurang 80 biji. Selamat mencuba!