RESEPI RED VELVET CUPCAKE
Bahan-bahan:
220 g butter
220 g gula halus
4 biji telur
1 tsp esen vanila
220 g tepung ready mix red velvet (nak senang)
Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu-persatu dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung red velvet dan gaul perlahan hingga sebati.
4. Saya guna scope ais krim atau boleh guna piping bag untuk tuang adunan ke dalam cawan kertas saiz sederhana (ikut suka). Isi 3/4 bahagian cawan kertas tersebut.
5. Bakar pada suhu 180°C selama 15 minit, api atas bawah. Jika guna cawan saiz kecil, memadai bakar selama 10 minit sahaja.
😊 Hasilkan 26 pieces cupcake.
![]() |
| Saya guna ready whipping topping untuk hiasan bunga ros tu. Jenama Rich sedap. Sedang manis. |
My princess Sya
Selamat mencuba!



No comments:
Post a Comment